Penyiasatan dan penangkapan Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Pihak polis menyatakan bahawa mereka telah memerhatikan komplot ini selama beberapa bulan, dan "penyiasatan telah mencapai titik genting pada malam lalu [9 Ogos] ketika keputusan dibuat untuk menggagalkan apa yang [pihak polis] mempercayai telah dirancangkan." [1] Seorang ejen pengintipan British telah menyusupi kumpulan pengkomplot, menurut sumber-sumber kerajaan Amerika Syarikat [8]. 24 orang telah ditangkap, iaitu 22 orang berketurunan Pakistan, seorang berketurunan Iran, dan seorang berketurunan Bangladesh, [9]. Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (DHS) mempercayai bahawa mungkin sehingga 50 orang terlibat. [10] Penangkapan-penangkapan telah dibuat di London, Birmingham, dan kawasan Lembah Thames dalam sebuah operasi semalaman. Salah dua penangkapan itu dibuat di kawasan Birmingham di mana pegawai-pegawai bersenjata tidak terlibat, dan sekurang-kurang satu penangkapan dibuat di High Wycombe.[11] BBC telah melaporkan bahawa orang-orang utama yang disyaki terlibat dalam komplot in dilahirkan di Britain. [4] Nasir Ahmed, seorang ahli Dewan Pertuanan, berkata bahawa beliau diberitahu oleh pihak polis bahawa 21 orang antara mereka yang ditangkap adalah orang Islam British. [12] Sumber-sumber lain yang menyebut Nicolas Sarkozy, mengatakan bahawa kebanyakan mereka adalah warganegara Pakistan [9] Dalam persidangan akhbar, John Reid, Menteri Dalam Negeri (UK), menyatakan bahawa beliau mempercayai orang-orang utama yang disyaki terlibat dalam komplot ini adalah dalam tahanan tetapi tidak mengesampingkan penangkapan-penangkapan tambahan. [13]

Paul Beaver, pakar terorisme UK, telah mengatakan bahawa pada kelihatannya, al-Qaeda mungkin di balik komplot ini yang muncul hanya beberapa minggu selepas kumpulan itu mengugut untuk menyerang penerbangan United Kingdom. [14] Chertoff, Setiausaha DHS Amerika Syarikat menyatakan bahawa komplot itu yang telah "menghampiri fasa pelaksanaan... menandakan sebuah komplot al-Qaeda". [2] Tidaklah jelas daripada siaran-siaran akhbar tentang bila serangan-serangan itu akan dilancarkan.

Bahan letupan cecair

Menurut berbagai-bagai sumber berita, bahan letupan cecair yang bertujuan untuk digunakan [4] dibentuk daripada penggabungan sebilangan komponen yang disimpan dalam bekas-bekas minuman ringan supaya dapat mengelakkan pengesanan oleh peranti-peranti pemeriksaan bagasi yang direka bentuk hanya untuk mengesan bahan-bahan letupan pepejal.

Sebuah laporan mengatakan bahawa bahan-bahan letupan itu adalah bahan letupan cecair/buburan yang serupa dengan bahan-bahan letupan pepejal yang digunakan dalam serangan-serangan London yang lalu (sila lihat peroksida organik). Bahan letupan ini yang berdasarkan peroksida hidrogen diletupkan melalui peranti reka ganti yang mengandungi lampu kilat pakai buang. Laporan yang sama juga mengatakan bahawa sekurang-kurang sebuah video kesyahidan telah dijumpai. [15]

Berita ABC melaporkan komplot yang melibatkan penyembunyian bahan atau bahan-bahan letupan dalam sebuah botol minuman sukan yang terubah suai. Pengkomplot-pengkomplot bertujuan untuk mengekalkan bahagian atas botol itu dalam keadaan yang asal dengan minumannya, tetapi menambahkan satu bahagian bawah yang palsu yang diisikan dengan letupan cecair atau gel. Pengganas-pengganas itu juga bertujuan untuk mewarnakan campuran letupan mereka dengan warna merah untuk memadankannya dengan warna minuman sukan di bahagian atas. [16]

Terdapat banyak jenis letupan berdasarkan cecair atau gel yang berbeza. Berbagai-bagai laporan berita menyebut sejenis bahan letupan yang berdasarkan peroksida. [17] Metil etil keton peroksida ialah salah satu bahan letupan kuat berdasarkan peroksida yang berbentuk cecair berminyak tanpa warna pada suhu dan tekanan bilik. Peroksida ini berkait dengan aseton peroksida yang merupakan satu tunggu sedia lama bagi berbagai-bagai pertubuhan terorisme kerana bahan letupan ini boleh diperbuat daripada barang-barang rumah yang agak biasa. FBI-DHS menyatakan bahawa dua jenis bahan letupan cecair berdasarkan peroksida boleh digunakan — triaseton triperoksida (TATP) atau heksametilena triperoksida diamina (HMTD). Pengganas-penganas boleh memasang bom dengan bahan-bahan kimia ini. Bahan-bahan letupan cecair berdasarkan peroksida adalah "peka terhadap haba, kejutan, serta geseran, dan boleh diletupkan hanya dengan api atau cas elektrik. Ia juga boleh dipergunakan untuk menghasilkan peletup-peletup reka ganti... Umpamanya, TATP atau HMTD boleh dimasukkan ke dalam sebatang tiub atau picagari untuk bersentuhan dengan sebatang filamen mentol yang terdedah, seperti yang terdapat dalam mentol pokok Kristmas, untuk menghasilkan letupan."

Menurut sebuah laporan CNN, ramuan-ramuan yang terdapat dalam sejenis minuman sukan British yang tidak dinamakan mungkin boleh merupakan sebahagian daripada campuran letupan [yang digunakan oleh pengkomplot-pengkomplot]. [18]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...